Followers

Wednesday 28 December 2011

PLAN HARMONI


Kemalangan Diri
Kami di Etiqa Takaful sungguh memahami bahawa masing-masing memiliki keperluan dan keutamaan yang berbeza-beza.  Kerana itulah, kami lengkapkan pelan kami demi menyempurnakan keperluan yang berbeza.
Kami menyediakan pelan perlindungan kemalangan peribadi untuk anda serta sokongan kewangan yang saling memenuhi kemahuan anda.  Andalah paling utama buat kami.    
Jenis-jenis Perlindungan Kemalangan Diri yang ditawarkan:
1) Perlindungan Kemalangan Diri Individu

2) Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok
·          Organisasi, syarikat, persatuan
·          Sekolah Rendah/Tadika
·          Sekolah Menengah
·          Universiti/Kolej
3) Perlindungan Kemalangan Diri Dalam Perjalanan (Travel PA)        
4) Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu & Penumpang
5) Kenderaan Persendirian.
6) Pakej Umrah dan Ziarah

MANFAAT
Berikut adalah manfaat yang diberikan di bawah skim ini:
  1. Kematian akibat kemalangan
Kematian serta merta atau kematian yang berlaku dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemalangan.
 2  .Hilang Upaya/Kecatatan
Hilang Upaya/Kecatatan Kekal merujuk kepada hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan yang menghalang orang dilindungi daripada melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas, bagi memperolehi upah atau keuntungan
 Syarat bagi menentukan samada hilang upaya tersebut adalah kekal ia mestilah berterusan bagi tempoh tidak kurang daripada 6 (enam) bulan.
 Kehilangan kedua tangan atau kedua kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki atau kedua mata adalah disifatkan sebagai hilang upaya menyeluruh dan kekal.
 Kehilangan bagi tangan dan kaki bererti putus pada atau di pergelangan tangan dan buku lali; bagi mata, hilang penglihatan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan semula.
 Hilang Upaya Sementara Menyeluruh (Manfaat Mingguan)
Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara menyeluruh yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh bermaksud seseorang yang hilang upaya secara menyeluruh buat sementara waktu yang menghalangnya melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas bagi memperolehi upah atau keuntungan disebabkan kemalangan.

  1. Hilang Upaya Sementara Separa (Manfaat Mingguan)
Skim ini juga dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara separa yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.
           
Ini bermaksud hilang upaya yang dialami adalah hanya kepada sebahagian daripada anggota badan.

  1. Perbelanjaan Perubatan
Syarikat akan membayar perbelanjaan rawatan perubatan ke atas mana-mana kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kemalangan.



Perbelanjaan ini tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh syarikat.

  • UNTUK APA-APA INFORMASI SILA CALL:019-9161875
    RAHMAT

No comments:

Post a Comment