Followers

Wednesday, 4 January 2012

ASSALAMUAILAIKUM..............

ADAKAH ANDA TAHU TENTANG FATWA?????

disini mat nak berkongsi la sedikit ilmu y mat ada...sekejap eak........



   Apa Itu Fatwa?
Definisi Fatwa

Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

1.     Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
 
2.     Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:

1.     Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
 
2.     Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
 
3.     Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
 
4.     Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
 
5.     Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.

Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI

Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikatnegeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarahbagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.

ok....camne mat punya perkongsian...baik x..disini mat jugak nak kongsi satu hal jugak...boleh???
kalau boleh terima kasih...ok,macam nie,,,kalau kowg da taw apa itu fatwa k nie mat nak share kan apa yang fatwa buat...
pada 15-16 jun 1972 majlis fatwa kebangsaan malaysia telah mengharamkan insurans nyawa yang berbentuk konvensional kerana mempunyai gharar iaitu ketidakpastian,maisir iaitu judi dan yang terakhir ialah riba..anda semua tahu kan kita sebagai umat islam tidak boleh mengambil riba...jika anda masih xpercaya ok kita tgok bukti ini....

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi
Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1.     Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
 
2.     Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
 
3.     Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  
4.     Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas...

apakah tujuan anda untuk mengambil insurans y haram????sedangkan negara kita telah mengadakan satu insurans y berbentuk takaful....kalau anda semua mengambil insurans y haram untuk tujuan anak2 dan perlindungan ataupun untuk masa tua anda,adakah anda bersedia makan dari hasil y haram....???di etiqa takaful tidak mempunyai gharar,maisir dan riba,,tahukah anda yang mengambil insurans yang haram harus berhijrah????bahkan etiqa takaful menggunakan sifat mudaharabah (tolong-menolong)...kebajikan anda terlindungi..dunia akhirat anda ada buat amal jariah jika di etiqa takaful...                                            
                                                                                                                   
                                                                                                                                                                                                                       

  • MARILAH KITA SEMUA BERHIJRAH.......RENUNGAN BERSAMA

 

No comments:

Post a Comment